Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PBT Diarah Untuk Sita & Rampas Segala Iklan Berkaitan Vape, Rokok Elektronik Di Selangor

today20 May 2025

Background


Menerusi laporan Harian Metro, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852), yang secara jelas melarang sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penajaan berkaitan produk merokok elektronik.

“Isu penjualan secara dalam talian turut dibincangkan memandangkan ia sukar dikawal dan sering menjadi saluran utama kepada golongan remaja untuk mendapatkan produk ini.

“Ini kerana penggunaan vape dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan ketara, yang mana berdasarkan Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, dianggarkan hampir 14.9 peratus remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia adalah pengguna vape.

“Statistik ini amat membimbangkan dan mencetuskan keperluan mendesak untuk tindakan proaktif di peringkat negeri,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post