Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, beliau memberitahu laporan itu mendedahkan bahawa model pekerjaan siswazah Malaysia kini berdepan krisis struktur yang mendalam di mana pendidikan tinggi tidak lagi menjamin pulangan upah yang bermakna.
Ini juga sekali gus telah membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus.
Laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.
“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mohd Yusof memberitahu ketidakpadanan yang meluas antara kelayakan akademik dan pekerjaan, mencerminkan kemerosotan serius dalam pulangan pelaburan pendidikan tinggi.
Walaupun isu ketidakpadanan siswazah turut berlaku di negara maju, keadaan di Malaysia menjadi lebih teruk disebabkan paras gaji yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: