Lokasi lintasan itu dicadangkan dibina di Kilometer (KM) 102, Laluan FT50 Batu Pahat-Jemaluang membabitkan peruntukan RM66.2 juta.
Beliau berkata lagi, pihaknya menghargai bantuan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) atas penyaluran peruntukan Ecological Fiscal Transfer (EFT) kepada Johor dengan sebahagian akan digunakan untuk beberapa inisiatif utama termasuk operasi translokasi gajah bermula Julai sehingga Disember ini.
Peruntukan tersebut turut digunakan untuk penubuhan Kumpulan Pelindung Hidupan Liar (KPHL) di kampung di daerah Kluang yang sering terkesan dengan peruntukan RM226,000.
“Ketiga, pemasangan kolar satelit pada gajah untuk membolehkan sistem amaran awal berfungsi secara berkesan. Sehingga kini, dua unit kolar satelit berjaya dipasang dan operasi pemasangan akan diteruskan sehingga kesemua stok sedia ada habis digunakan.
“Selain itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor kini dalam proses perolehan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: