Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya mengesahkan tempat ke pentas final Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025.
Lawan yang ditewaskan juga bukanlah calang-calang gandingan dimana Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menjadi mangsa mereka dalam aksi ‘straight set’.
Baca Juga:
Kemenangan penting dilakarkan ini juga sekali gus menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut Wei Chong-Kai Wun ke atas lawan dari Jepun tersebut.
Malah, kejayaan mara ke final ini turut mengulangi pencapaian mereka yang turut beraksi di pentas tersebut pada edisi 2023.
Beraksi di Axiata Arena, Bukit Jalil yang dipenuhi puluhan ribu penyokong setia negara jelas memberikan suntikan semangat buat beregu ketiga negara itu.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun Tampil Garang
Ia dibuktikan dengan aksi kemas ditampilkan memaksa Hoki dan Kobayashi melakukan kesilapan-kesilapan mudah untuk membolehkan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menang set pertama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: