KUALA LUMPUR – Cadangan pembinaan Loji Sisa-ke-Tenaga (WTE) Sultan Idris Shah (SIS) di Mukim Rawang disifatkan memenuhi piawaian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
Malah, ia juga turut menunjukkan satu langkah penting ke arah pengurusan sisa yang mampan di kawasan berpenduduk padat.
Menurut pakar alam sekitar, Dr. Tengku Hanidza Tengku Ismail, laporan EIA bagi projek berkenaan telah merangkumi impak terhadap air, udara dan sisa pepejal, sejajar dengan skop utama yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Laporan ini lengkap dari segi maklumat persekitaran semasa dan ramalan impak terhadap kesihatan serta sosial. Ia meletakkan asas kukuh untuk penilaian pembangunan loji WTE secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah Fakulti Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mengingatkan bahawa kejayaan projek WTE bukan hanya bergantung kepada laporan teknikal semata-mata, tetapi juga kepada penyelesaian cabaran teknikal dan tahap penerimaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: