Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Senarai Wakil Malaysia Mara Ke Suku Akhir

today29 May 2025

Background
Suku Akhir


Kem negara cemerlang pada aksi pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 selepas enam daripada lapan wakilnya mara ke suku akhir.

Ia memberikan gambaran jelas perjalanan yang cukup memberangsangkan buat kem negara di Singapore Indoor Stadium, Kallang.

Baca Juga:

Pasangan ranking nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King 21-12, 21-11.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya pula menamatkan rentetan lapan kekalahan berturut-turut dengan menundukkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 24-26, 21-12.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus bernafsu untuk menambah gelaran selepas menewaskan pasangan China, Huang Di-Liu Yang 21-16, 21-16.

Dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi bertenaga untuk mengenepikan cabaran hebat Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun dengan kemenangn 25-23, 21-18.

Sementara itu pemain perseorangan lelaki, Leong…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post