Menerusi video di akaun TikTok @zhiddinazizz, pempengaruh berkenaan memberitahu, ia sebenarnya adalah kata pinjaman dari bahasa Arab ketika pedagang dari Timur Tengah berdagang di Melaka pada satu ketika dahulu dengan perkataan asal ‘la khabar’.
‘la khabar’ adalah bermaksud bertanya khabar atau lama tidak dengar khabar dalam bahasa Arab.
“Masa kesultanan Melaka dulu la khabar untuk bertanyakan khabar, tetapi setelah sampai kepada orang Melaka huruf R di belakang perkataan itu ditukar kepada huruf U.
“Jadi la ‘la khabau’, lama kelamaan jadi pula ‘lahabau’. orang Melaka kalau sebut ular akan jadi ‘ulau’, banyak lagi perkataan-perkataan lain yang diubah,” katanya.
Untuk pengetahuan anda, Zhiddinazizz merupakan anak kepada personaliti televisyen Allahyarham Aziz Desa yang sering berkongsi kepada pengikutnya berkaitan topik bahasa Melayu dan sastera.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: