PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad merekodkan Keuntungan Bersih berjumlah RM126.3 juta bagi untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2025, yang diterjemah kepada Pendapatan Sesaham Kumpulan sebanyak 5.57 sen dan Pulangan Bersih Ekuiti tahunan tujuh peratus.
Kumpulan mencatatkan Pendapatan Bersih sebanyak RM673.5 juta, menandakan peningkatan sembilan peratus tahun ke tahun berbanding tempoh sama pada 2024.
Sebahagian besar pertumbuhan dipacu oleh lonjakan 50.3 peratus dalam pendapatan bukan berasaskan dana yang mencecah RM133.6 juta, disokong pendapatan fi dan komisyen lebih tinggi, peningkatan pendapatan transaksi pertukaran asing dan laba bersih daripada jualan sekuriti pelaburan.
Pendapatan Bersih turut disokong oleh kenaikan 2.1 peratus Pendapatan Berasaskan Dana Bersih kepada RM539.9 juta.
Bank Islam terus mengekalkan kualiti aset yang teguh dengan Nisbah Pembiayaan Terjejas Kasar berada pada 1.08 peratus setakat 31 Mac 2025, lebih rendah berbanding purata industri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: