Langkah ini diambil susulan penurunan keuntungan sebanyak 32% pada tahun lalu, selepas mengalami penurunan sebanyak 21% pada tahun 2023.
Tengku Muhammad Taufik berkata, prospek perniagaan kekal mencabar, terutamanya apabila harga minyak mentah Brent terus merosot, sekali gus menjejaskan pendapatan syarikat.
Keadaan kejatuhan harga minyak, ditambah pula dengan pengeluaran yang semakin berkurang daripada aset-aset lama, akan menjadi cabaran kepada kerajaan, yang memperoleh kira-kira 10% daripada hasil negara melalui PETRONAS pada tahun 2024.
Sementara itu, mengulas mengenai spekulasi yang beredar, beliau turut menafikan laporan bahawa PETRONAS merancang untuk keluar daripada operasinya di Kanada.
“Kami tidak akan keluar dari Kanada,” tegas Tengku Muhammad Taufik.
“Kami sentiasa menerima pelbagai cadangan dan tawaran. Itu adalah sebahagian daripada kelaziman urus niaga, dan [Kanada] merupakan kawasan yang kaya dengan sumber,” jelas beliau, sambil menambah bahawa Kanada adalah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: