Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Puas Hati Tengok Cara ‘Abang Tanker’ Pertahankan Diri Selepas Dipukul Berkali-Kali

today13 June 2025

Background
Netizen Puas Hati Tengok Cara 'Abang Tanker' Pertahankan Diri Selepas Dipukul Berkali-Kali


Tular satu klip video seorang pemandu lori tangki minyak mempertahankan diri daripada seorang lelaki yang menyerangnya di plaza tol.

Menerusi rakaman video berdurasi dua minit itu, pemandu lori berkenaan membunyikan hon selepas menunggu lama kereta Proton Wira di hadapannya yang tidak bergerak walaupun palang sudah dibuka.

Berang dihon, penumpang Proton Wira itu keluar dari kereta lalu membuat provokasi.

Kemudian penumpang kereta itu memanjat masuk ke dalam lori dan menyerang pemandu lori dengan memukul pada bahagian kepala berkali-kali.

Bagi mempertahankan diri, pemandu lori melepaskan beberapa tendangan sehingga penyerang keluar dari lori tersebut.

Netizen Puas Hati Tengok Cara 'Abang Tanker' Pertahankan Diri Selepas Dipukul Berkali-Kali

Seorang pengawal keselamatan tiba ke tempat kejadian untuk menyuraikan pergaduhan tersebut.

Walaupun sudah dihalang, penyerang itu masih mahu mencari pasal.

‘Abang tanker buat benda betul’

Netizen Puas Hati Tengok Cara 'Abang Tanker' Pertahankan Diri Selepas Dipukul Berkali-Kali

Warganet menyatakan mereka berasa puas hati melihat cara ‘abang tanker‘ mempertahankan dirinya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post