Menerusi video yang dikongsikan Black, pada awalnya dia telah memberitahu isterinya untuk menemaninya membuat ulasan di sebuah kedai kereta iaitu di Naza World.
Namun, di dalam kedai kenderaan tersebut ada kereta idaman isterinya iaitu Mercedes-AMG GLC43. Bagaimanapun, isterinya tidak tahu menahu mengenai kejutan tersebut sehinggalah dia sendiri memberi kunci kereta tersebut kepada isterinya.
Malah, Black juga telah berusaha berkali-kali untuk memberitahu yang ini bukannya prank dan hadiah tersebut benar-benar buat isteri tercinta.
Situasi itu membuatkan isterinya, Cira terharu sehingga tidak dapat menahan sebak.
“Bukan sebab hari istimewa tapi sebab dia sendiri adalah istimewa. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” ujar Black.
Untuk rekod, Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: