Kejohanan Bola Sepak Piala XCRIIM 2025 Peringkat Kebangsaan bagi kategori bawah 10 serta 12 tahun yang diadakan di Taman D.R Seenivasagam, Ipoh berjaya menarik kehadiran 71 pasukan dari seluruh negara.
Pertandingan yang berlangsung semalam dan hari ini itu bukan sahaja menjadi pentas persaingan bagi bakat-bakat pemain cilik, malah ia turut mencerminkan semangat kesukanan dan penyatuan komuniti bola sepak akar umbi dari pelbagai negeri.
Baca Juga:

Selain aksi penuh bersemangat para pemain di atas padang walaupun terpaksa beraksi ketika cuaca panas terik, suasana kejohanan turut meriah dengan kehadiran ibu bapa yang membanjiri lokasi pertandingan bagi memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka.
Kejohanan yang dianjurkan DRZ Football Academy dengan kerjasama jenama sukan tempatan, XCRIIM itu menarik penyertaan 32 pasukan dalam kategori bawah 10 tahun manakala 39 pasukan berentap bagi saingan bawah 12…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: