Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Negara Dari Asia Tenggara Ini Tersenarai Sebagai Destinasi Paling Bahaya Untuk Dikunjungi

today17 June 2025

Background


Negara yang dimaksudkan itu ialah Filipina yang telah disenaraikan sebagai negara paling bahaya untuk dikunjungi berdasarkan survey global yang dijalankan oleh sebuah laman web perbandingan kewangan, HelloSafe yang bertapak di United Kingdom.

Menerusi laporan VnExpress, laman web tersebut telah mengumpul indeks keselamatan pelancongan berdasarkan 35 kriteria berbeza.

Kriteria-kriteria itu kemudian dirangkumkan kepada lima kategori utama iaitu kekerapan bencana alam, keganasan dalam masyarakat, penglibatan dalam konflik bersenjata (dalaman atau luaran), infrastruktur kesihatan dan tahap ketenteraan.

Negara-negara telah dinilai berdasarkan skala dari 0 hingga 100, di mana 0 mewakili tahap keselamatan tertinggi manakala 100 menunjukkan tahap bahaya tertinggi.

Filipina mencatatkan skor 82.31 mata, diikuti oleh Colombia (79.21), Mexico (78.42), India (77.86) dan Rusia (75.65).



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post

Hiburan Semasa

Ahmad Dhani terima menantu

Jakarta: Anak Ahmad Dhani dan Maia Estianty, Al Ghazali, 28, melangsungkan pernikahan dengan model dan pempengaruh popular, Alyssa Daguise, 27, dalam majlis yang berlangsung secara tertutup di sini, semalam. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 June 2025