Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Ejen Property Dari Neraka” – Individu Tak Sangka Kena Hampir RM10K Untuk Sewa Rumah

today17 June 2025

Background


Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita berkongsi pengalaman mengejutkan apabila diminta membayar upah ejen sebanyak RM2,160, di samping sewa bulanan RM2,000 untuk sebuah rumah yang ditawarkan.

Lebih mengejutkan, apabila ditambah dengan deposit sekuriti, utiliti dan caj-caj lain, jumlah keseluruhan bayaran yang perlu disediakan mencecah RM9,660. Ia adalah jumlah yang dianggap keterlaluan bagi penyewa biasa.

Wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan hairan, terutamanya terhadap upah ejen yang dikenakan secara langsung ke atas dirinya. Menurutnya, bayaran sebegitu sepatutnya ditanggung oleh pemilik rumah, bukan penyewa.

“Saya terkejut gila. Ini tak masuk akal langsung, kan? Saya betul-betul nak tahu benda ni sah dari segi undang-undang ke? Saya tengah cari rumah nak sewa, tapi tengoklah caj ejen ni. Kenapa saya pula yang kena bayar mahal sangat untuk upah ejen?,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai yang turut bersetuju bahawa proses menyewa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Luar Negara

Apa yang kita tahu mengenai konflik Iran-Israel setakat ini?

Tel Aviv: Konflik berdarah antara Israel dan Iran terus memasuki hari kelima hari ini dengan kedua-dua kuasa Timur Tengah itu saling melancarkan serangan udara dan peluru berpandu sekali gus memburukkan lagi ketegangan serantau yang bergolak. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 June 2025