Menurut laporan Kosmo, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah itu didakwa telah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel.
Difahamkan, kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor jam 8.56 malam pada 19 Mei lalu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: