PDRM Defenders menjadikan Johor Tigris sebagai mangsa pertama selepas menang 2-0 pada aksi pembukaan kumpulan C Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Terengganu yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.
Diperkuatkan dengan kehadiran Worapat Kaewtawatwiset (tekong), Shahalril Aiman Halim (apit kanan) dan apit kiri, Shahalril Aimin Halim, PDRM Defenders dilihat cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan ini.
Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, Johor Tigris yang dibarisi Muhammad Hairul Hazizi Hadzir (Siwatbancha Seekhwa) selaku tekong, Mohd Syahmi Syazwan (Teerapat Deechaoren) dan Farhan Adam jelas sedikit bergelut untuk memberikan saingan lebih hebat.
Permulaan Baik Buat PDRM Defenders
Mendahului lawan sejak daripada awal permainan, PDRM tidak menoleh ke belakang untuk menang set pertama dengan jurang mata 15-12.

Momentum baik itu diteruskan pada set kedua apabila PDRM Defenders tidak berdepan laluan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: