Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan Akaun 2 mereka bagi membayar caruman bulanan insurans kesihatan.
Memetik New Straits Times, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jika langkah ini dilaksanakan, seramai 16 juta pencarum KWSP berpotensi mendapat akses kepada rawatan di hospital swasta menggunakan caruman mereka.
Baca Juga:
Pendekatan yang dicadangkan ini, yang turut diamalkan di beberapa negara lain, bertujuan memastikan liputan insurans kesihatan yang lebih meluas untuk rakyat. Ketika ini, sebanyak 32 peratus daripada kos penjagaan kesihatan di Malaysia ditanggung sendiri oleh rakyat (out-of-pocket).

Namun begitu, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa penyertaan dalam skim ini adalah secara pilihan.
“Peratusan kecil sahaja akan digunakan untuk bayaran insurans. Mereka tidak akan terasa pun, sebab bukan keluar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: