Malaysia tampil dengan lebih baik untuk menumpaskan Afrika Selatan 4-2 pada aksi klasifikasi tempat ke-5/8 Kejohanan Piala Negara-Negara 2024/25 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Sarjit Singh itu merebut peluang menamatkan saingan kali ini dikedudukan ke-5/6.
Kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila Afrika Selatan yang berada di ranking ke-12 dunia bermula baik dengan melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Malaysia.
Namun penjaga gol, Hafizuddin Othman cemerlang dalam menafikan percubaan jarak dekat Mvimbi Samkelo ketika situasi kelam-kabut dalam kawasan D Malaysia.
Kem negara berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Syed Syafiq Syed Cholan bagi memisahkan kedua-dua pasukan.
Afrika Selatan kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-30 apabila Angelo Walstroom menyudahkan peluang terhidang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: