Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Powercat, UniMAP bantu lebih 3,000 kucing di Bustana Kucing Perlis

today23 June 2025

Background


PETALING JAYA – Powercat jenama makanan kucing premium keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) telah menjayakan program Purr-Fect Care by Si Comot di sebuah ‘shelter’ kucing di Perlis baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu telah dilaksanakan di Bustana Kucing Perlis dengan kerjasama Kelab Khidmat Masyarakat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Pengurus Perniagaan Powercat, Azzedin Rusland berkata, program itu bertujuan membantu lebih daripada 3,000 ekor kucing yang berada di bawah jagaan pusat perlindungan tersebut.

Jelasnya, Bustana Kucing Perlis yang diusahakan oleh pasangan Mohd Taufik Md Zain,59, dan Noor Azlina Abu Bakar, 59, menempatkan ribuan kucing termasuk yang sihat dan juga yang memerlukan rawatan serta penjagaan khusus.

“Shelter ini amat memerlukan bantuan dari segi bekalan makanan dan perubatan. Sebagai tanda sokongan, pihak Si Comot by Powercat telah menyumbangkan sebanyak 800 kilogram makanan kucing serta pelbagai peralatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post