Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun telah didenda RM3,300 oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana merakam video rakan serumahnya yang berusia 31 tahun sedang mandi dalam keadaan telanjang pada Jumaat lalu (20 Jun).
Muhammad Fahmi Akmal Zakaria, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, dan dia kemudian dijatuhkan hukuman dipetik dari Sinar Harian.
Mahkamah telah memerintahkan agar tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Fahmi didakwa merakam video mangsa berusia 31 tahun yang sedang mandi, dengan niat untuk mengganggu kesantunannya, sekali gus mengaibkan kehormatan mangsa.
Kesalahan ini didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Perdana, pada jam 8:10 pagi, 20 Jun lalu.
Pertuduhan terhadap Muhammad Fahmi dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: