Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar UM Cipta ‘Kelantanlingo’, Mudahkan Orang Ramai Faham Dialek ‘Kelate’

today25 June 2025

Background
Pelajar UM Cipta 'Kelantanlingo', Mudahkan Orang Ramai Faham Dialek 'Kelate'


Malaysia mempunyai kepelbagaian dialek bahasa yang unik mengikut negeri masing-masing.

Baru-baru ini sekumpulan pelajar Universiti Malaysia (UM) telah membangunkan satu aplikasi untuk memudahkan orang ramai memahami dialek Kelantan.

Dikenali sebagai ‘Kelantanlingo’, aplikasi itu bertujuan untuk memudahkan orang ramai memahami dan menggunakan dialek tersebut.

“Kelantanlingo bukan sahaja membantu golongan pelajar dan pelancong, tetapi juga menyumbang kepada usaha melestarikan identiti budaya tempatan dalam era digital,” kata kumpulan tersebut.

Pelajar UM Cipta 'Kelantanlingo', Mudahkan Orang Ramai Faham Dialek 'Kelate'
Sumber Gambar: Facebook UG IFEST 2025

Para pelajar itu memperlihatkan aplikasi tersebut di acara Festival Idea Prasiswazah Universiti Malaya merupakan sebuah acara di mana para pelajar tahun akhir prasiswazah mempersembahkan Projek Tahun Akhir (FYP) mereka.

Acara ini menyediakan platform untuk pelajar mengetengahkan idea dan projek inovatif kepada komuniti yang lebih luas, termasuk rakan industri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post