Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PBAPP catat keuntungan tertinggi RM144.16 juta

today26 June 2025

Background


GEORGE TOWN – PBA Holdings Berhad (PBAHB) bersama anak syarikat miliknya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mencatat sejarah dengan merekodkan keuntungan bersih tertinggi sejak penubuhannya 26 tahun lalu apabila berjaya meraih RM144.16 juta pada 2024.

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi PBAPP, Chow Kon Yeow berkata, jumlah itu merupakan lonjakan sebanyak 319.7 peratus berbanding keuntungan bersih RM34.348 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

”Meskipun pencapaian ini membanggakan, keuntungan berkenaan bukanlah untuk memperkayakan syarikat atau menambah tabung kewangan semata-mata.

”Untuk makluman, PBAPP perlu melabur kira-kira RM2.1 bilion bagi menyiapkan enam projek infrastruktur air baharu di bawah Pelan Kontingensi Air 2030 (WCP 2030).

”Bagi tahun ini sahaja, PBAPP dijangka memperuntukkan sebanyak RM86.8 juta dalam perbelanjaan modal untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SAFINA RAMLI


Previous post