Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Hanoi, Vietnam, dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria serius selepas memicit jerawat di wajahnya dan menyapu produk rawatan kulit yang tidak disahkan oleh pihak kementerian kesihatan, lapor MSN.
Pihak Hospital Kebangsaan Penyakit Tropika (National Hospital for Tropical Diseases) mengesahkan bahawa gadis tersebut mengalami kejutan septik atau septic shock berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus.

Difahamkan bahawa bakteria ini hidup di permukaan kulit manusia tetapi boleh menjadi sangat merbahaya jika memasuki lapisan kulit yang terbuka atau luka.
Bakteria tersebut dipercayai memasuki tubuh gadis itu melalui jerawat yang dipicit, sebelum menyebar dengan pantas ke organ-organ penting termasuk otak dan paru-paru.

Walaupun diberi rawatan intensif termasuk bantuan mesin pernafasan dan penapisan darah secara berterusan, mangsa tidak menunjukkan tanda pemulihan dan akhirnya meninggal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: