Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Vendor SEG Hub platform digital komprehensif untuk rakan niaga Prasarana

today2 July 2025

Background


PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan Vendor ESG Hub, sebuah platform digital komprehensif yang dibangunkan untuk menyokong dan memperkasa rakan niaga Prasarana dalam melaksanakan amalan kelestarian dan prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) ke dalam operasi perniagaan mereka.

Pelancaran ini adalah kesinambungan kepada memorandum persefahaman (MoU) antara Prasarana dengan  UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) yang telah ditandatangani pada 16 Mei lalu.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan vendor dalam rantaian bekalan Prasarana ke arah pematuhan standard ESG global.

Portal Vendor ESG Hub menawarkan pelbagai sumber praktikal, panduan, dan alat digital yang direka khusus untuk membantu vendor memahami, menilai, melaksanakan amalan ESG secara progresif dan berstruktur. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, platform ini dibahagikan kepada empat segmen utama…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post