Encik Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf (tengah), En. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua dari kiri), En. Ekmarrudy bin Othman (dua dari kanan), Dr. Mohd Anuar Abdullah (tiga dari kiri), Dr. Zakaria Othman (kiri) dan Encik Mohd Sueib Ismail (tiga dari kanan) bergambar bersama lima pelajar cemerlang SPM 2024 dari SMK Ungku Aziz semasa majlis penyampaian Biasiswa MNRB.
Seramai lima pelajar cemerlang SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam telah dipilih menerima biasiswa penuh menerusi Program Lestari Cemerlang MNRB, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh MNRB Holdings Berhad (MNRB).
Program yang telah bermula sejak 2011 ini memberi fokus kepada peningkatan prestasi akademik pelajar luar bandar, dan SMK Ungku Aziz merupakan sekolah angkat kelima di bawah pelaksanaannya.
Majlis penutup program berlangsung pada 2 Julai dan disempurnakan dengan kehadiran beberapa tokoh penting termasuk Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re), Encik Ahmad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: