Datin Seri Umie Aida berdepan denda daripada Biosekuriti New Zealand sejurus tiba di Lapangan Terbang Auckland, semata-mata kerana sebiji epal yang terlupa diisytiharkan dalam begnya.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon tersohor tempatan itu mendedahkan dirinya telah dikenakan denda sebanyak NDZ400(kira-kira RM1,024) selepas epal yang dibawa dalam beg, dikesan alat imbasan oleh pegawai Imigresen.

Sebagai makluman, New Zealand mempunyai peraturan tidak membenarkan sebarang makanan segar dibawa masuk tanpa diisytiharkan, ini bagi memelihara ekosistem dan industri pertanian negara itu.
Mengulas kejadian yang berlaku, Umie Aida mengakui kesilapan dirinya dan menganggap pengalaman tersebut sebagai takdir yang tidak disangka-sangka.
“Saya tidak bawa makanan ke New Zealand kerana ingin memudahkan urusan Imigresen. Tetapi, ketika berada di lounge MAS Airlines, saya ambil sebiji epal dengan niat hendak makan dalam penerbangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: