Bintang baharu Arsenal, Martin Zubimendi menjadi taruhan baharu Mikel Arteta di bahagian tengah.
Pemain tersebut rasmi diumumkan sebagai pemain Arsenal yang baharu semalam.
Dan Martin Zubimendi akui sudah tidak sabar mahu beraksi di hadapan penyokong Arsenal.
Zubimendi menyertai Arsenal dari Real Sociedad dengan nilai perpindahan sekitar £60 juta. Dia setuju dengan kontrak 5 tahun bersama dengan Arsenal.

Bercakap kepada laman rasmi kelab itu, Zubimendi sasar memenangi trofi bersama Arsenal.
Zubimendi berkata: “Ia adalah detik yang sangat penting dalam kerjaya saya.
“Langkah yang saya cari, yang saya mahu ambil. Memang benar sudah 15 tahun dalam pasukan saya sebelum ini, di Real Sociedad, dan jelas ia satu perubahan besar, tetapi saya menantikannya.

“Sebaik sahaja saya mengambil keputusan untuk berubah angin, saya fokus kepada Arsenal.
“Saya fikir dari segi sukan, saya sangat sesuai dengan gaya. Ia adalah pasukan muda, dengan banyak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: