Sudah selalu sangat kita mendengar kisah di mana warga tempatan sanggup pergi ke Siam atau nama modennya Thailand untuk mendapatkan khidmat bomoh di sana kerana didakwa tersangat kuat dan berbahaya.
Bagaimanapun, seorang pengguna X @Cermintprincess yang juga merupakan rakyat Thailand mendedahkan perkara sebaliknya pula apabila mereka sebenarnya lebih gerun dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan percaya antara terkuat di rantau Asia Tenggara.
“Orang Thai juga takut dengan ilmu hitam Melayu. Tahun lepas, ada perbualan di Twitter tentang ilmu hitam di rantau Asia Tenggara.
“Ramai orang mengatakan bahawa ilmu hitam Melayu dan Kemboja mempunyai kesan serangan paling kuat,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, dia mendedahkan Thailand pernah suatu ketika dahulu memiliki ‘Kementerian Perubatan (Sihir)’ di dalam organisasi kerajaannya yang bertanggungjawab menguruskan hal ilmu hitam namun telah dimansuhkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: