Pemain tengah Selangor FC, Alex Agyarkwa memberi bayangan beliau akan meninggalkan pasukan dalam masa terdekat.
Menerusi laman Instagram miliknya, Alex memuat naik jersi dan video latihan sambil menulis pesanan kepada pengikutnya.
Baca Juga:
Alex Agyarkwa Beri Bayangan Tinggalkan Selangor
”Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk menghargai nombor jersi bertuah ini (nombor 24).

“Nombor ini bukan sekadar nombor tetapi ia telah menjadi sumber keyakinan dan tuah kepada saya,” katanya.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Alex bakal menyertai Negeri Sembilan bagi menggantikan pemain sasaran asal iaitu Oday Kharoub.

Pemain kelahiran Ghana itu menyertai Selangor pada musim 2021 dan beliau membantu pasukan mara ke final Piala Malaysia 2022 dan Piala FA 2024-2025.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: