Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Chelsea Tak Bermasalah Atasi PSG, Muncul Juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025

today14 July 2025

Background
Chelsea


Aksi bertenaga ditampilkan pada babak pertama sudah cukup untuk membantu Chelsea menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2025 selepas membenam cabaran Paris Saint-Germain (PSG) 3-0 pada aksi final yang berlangsung di MetLife Stadium, New Jersey sebentar tadi.

Kejayaan manis itu sekali gus turut menepis ramalan awal yang mengatakan wakil England tersebut bakal menjadi mangsa belasahan PSG.

Sebaliknya, tekanan tinggi yang dijelmakan Chelsea nyata membuatkan anak-anak buah Luis Enrique hilang punca terutamanya pada babak pertama.

Reputasi hebat lawan tidak dihiraukan The Blues yang memulakan aksi dengan cukup baik yang menyaksikan mereka hampir dihadapan seawal minit kelapan.

Berpunca daripada satu gerakan cantik di sebelah kanan pintu gol PSG, Cole Palmer melakukan percubaan ‘placing’ yang hanya sedikit tersasar.

Kehampaan itu ditebus Palmer pada minit ke-22 selepas percubaan leretnya hasil umpanan Malo Gusto tidak mampu diselamatkan penjaga gol,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post