Mahkamah Rayuan menolak rayuan isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dari PAS untuk membatalkan keputusan mahkamah terdahulu yang melucut hak kenderaan Proton X70 miliknya.
Memetik Free Malaysia Today, Panel tiga hakim sebulat suara memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didaftarkan atas nama Aida Tengah, 49, mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah Seksyen 409 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Seksyen 409 berkaitan dengan pecah amanah jenayah, manakala Seksyen 165 melibatkan penjawat awam yang menerima barangan berharga daripada individu yang mempunyai urusan rasmi dengan mereka.
Aida merupakan isteri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar.
Pada ketika itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Terengganu serta Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: