Penyanyi, Hafiz Suip mengakui sifat amarah yang tidak terkawal dalam dirinya menjadi punca utama hidupnya hancur dan terumbang-ambing.
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak, Sedih Bila Dianggap Diri Jahat
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Nak Anak-Anak Bangga Bila Tengok Saya Di Kaca Televisyen’ – Hafiz Suip
Dikuasi sifat amarah

Menerusi hantaran di Instagram, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, berkata, emosi melampau yang pernah menguasai dirinya telah membawa kepada keputusan-keputusan yang tersasar dan memberi kesan besar dalam hidup.
Amarah. Itu punca utama hidup aku hancur. Amarah bukan cara untuk selesaikan masalah. Semua orang ada rasa itu, tapi kalau tak dikawal, habis semua jadi musnah.
Pelantun lagu Awan Nano itu turut mengakui bahawa sifat marah adalah fitrah manusia, namun terpulang kepada individu untuk mengurus dan menanganinya dengan bijaksana.
Aku belajar daripada kesilapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: