Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SIRIM bantu lebih 20,000 syarikat lakukan ujian kepakaran

today21 July 2025

Background


JOHOR BAHRU – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah membantu lebih 20,000 syarikat dalam melakukan pengujian dan perkongsian kepakaran setiap tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, ini adalah untuk membantu syarikat mendapat pensijilan SIRIM yang diperakui mengikut piawaian tertentu.

Menurut beliau,  sebagai rakan kongsi teknologi bagi semua industri, SIRIM berhasrat untuk memberi impak kepada industri dengan memastikan syarikat yang menggunakan inovasi institut tersebut berubah menjadi sebuah syarikat lebih maju.

“Kita mempunyai kepakaran dan fasiliti untuk melakukan pengujian dan pengesahan di SIRIM selain kita turut bekerjasama dengan semua agensi kerajaan terlibat.

‘’Ini untuk memastikan apa yang diguna pakai oleh industri termasuk dari segi pembinaan dan sebagainya selamat digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis SIRIM Silaturasa 2025, di SIRIM…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHAMAD FAIZAL HASHIM


Previous post