Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AmBank umum Ketua Pegawai Kewangan baharu

today25 July 2025

Background


PETALING JAYA – AMMB Holdings Berhad (AmBank) semalam mengumumkan Phuah Shok Cheng sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharunya berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

AmBank dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Shok Cheng sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Serantau dan Strategi Modal di RHB Bank Berhad sejak 2024.

Sebelum itu, beliau menjadi Pemangku Pegawai Kewangan Kumpulan di bank sama dan turut berkhidmat sebagai Ketua, Pengurusan Modal dan Kunci Kira-kira Kumpulan sejak 2014 hingga 2023.

Beliau yang berumur 48 tahun mempunyai pengalaman kira-kira 26 tahun dalam sektor kewangan dan pernah berkhidmat di syarikat antarabangsa termasuk Deloitte & Touche United Kingdom.

Peranan terdahulu Shok Cheng termasuk Ketua Kewangan Korporat dan Pengurusan Modal di PT Bank Internasional Indonesia TbK, Indonesia dan berkhidmat selama setahun di Malayan Banking Bhd. pada 2013.

Selain itu, beliau memegang jawatan Timbalan CFO di Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Emosi hitam, putih

Walaupun ini konsert solo ketiganya di negara ini, penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Feby Putri, 25, mengakui dirinya masih gementar untuk menghiburkan peminat di pentas. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 July 2025