PETALING JAYA – Eco-Shop Marketing Berhad (Eco-Shop) mencatat rekod tertinggi baharu bagi hasil dan keuntungan selepas cukai (PAT) dalam keputusan kewangan suku keempatnya bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mei 2025 (4Q FY 2025).
Hasil meningkat sebanyak 16 peratus kepada RM2.8 bilion, disokong oleh pertambahan 74 cawangan baharu sepanjang tahun kewangan tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Jessica Ng, walaupun berdepan peningkatan kos operasi akibat peluasan rangkaian kedai dan pelaksanaan dasar gaji minimum, PAT teras (diselaraskan bagi perbelanjaan IPO sekali sahaja sebanyak RM9.4 juta) meningkat selari dengan pertumbuhan hasil, naik sebanyak 17 peratus kepada RM213.7 juta berbanding tahun kewangan sebelumnya.
“Meskipun berdepan cabaran berkaitan ketidaktentuan makro ekonomi yang berterusan dengan cabaran semasa, kami kekal optimis terhadap prospek Eco-Shop.

“Keyakinan kami disokong oleh peluasan berterusan rangkaian kedai kami dan permintaan pengguna…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: