Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Cakra Khan Umum Rehat Daripada Konsert Solo, Fokus Cipta Lagu Baharu – ‘Saya Akan Kembali Dengan Karya Lebih Baik’

today3 August 2025

Background
[VIDEO] Cakra Khan Umum Rehat Daripada Konsert Solo, Fokus Cipta Lagu Baharu – ‘Saya Akan Kembali Dengan Karya Lebih Baik’


Penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan mengumumkan bakal berehat seketika daripada penganjuran konsert solo, termasuk di Malaysia.

Cakra Khan ‘berehat’

Ketika ditemui oleh OhBulan!, pemilik nama lengkap Cakra Konta Paryaman ini, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada dirinya untuk mencipta karya baharu demi menghargai peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu lagi, dia tidak mahu terus tampil dengan persembahan yang sama berulang kali tanpa sebarang pembaharuan dari segi karya.

Tak tahu untuk berapa lama (berehat). Tapi kenapa saya berehat dari membuat konsert solo kerana apabila saya adakan konsert lagi (kemudian hari), saya mahu memberikan lagu baru buat penonton dan tidak mengulangi lagu yang sama.

Jadi saya mahu memberi fokus kepada lagu baru dan perkara lain yang saya boleh kerjakan untuk muzik.

Dalam pada itu, Cakra turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post