PETALING JAYA – Pengeluar bateri terkemuka dari China, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co., Ltd. (Hunan Yuneng) bakal menubuhkan kemudahan pembuatan pertamanya di Asia Tenggara, bertempat di Negeri Sembilan.
Syarikat itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Invest Negeri Sembilan dan SPD Tech Valley Sdn. Bhd. semalam, menandakan peristiwa penting dalam pertumbuhan sektor tenaga bersih negara.
Kemudahan pembuatan tercanggih di Malaysia itu bertujuan terutamanya untuk menghasilkan bahan bateri litium dan mewakili kehadiran sulung syarikat di Malaysia yang dijangka mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan baharu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hunan Yuneng, Liang Kai berkata, Malaysia telah berjaya menarik kelompok perusahaan China yang semakin berkembang untuk mewujudkan operasi merentasi seluruh industri bateri tenaga baharu.
“Kemudahan di Malaysia akan berfungsi sebagai papan anjal strategik buat syarikat berkembang ke seluruh Asia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: