Mulai 1 September, lebih 53,000 pekerja runcit di Singapura akan menikmati kenaikan gaji yang berterusan, termasuk latihan berfokus serta laluan kerjaya yang jelas di bawah Retail Progressive Wage Model (PWM).
PWM yang telah diterima oleh kerajaan berdasarkan syor Tripartite Cluster for Retail (TCR), akan menyediakan jadual kenaikan gaji berterusan selama tiga tahun dari 2025 hingga 2027, petik Mothership.sg.
Baca Juga:
Pekerja runcit akan menerima sekurang-kurangnya gaji peringkat permulaan PWM sebanyak S$2,305 (RM7,591), meningkat daripada kadar PWM semasa iaitu S$2,175 (RM7,165).
Bagi tempoh 2025 hingga 2027, gaji kasar bulanan asas akan meningkat daripada S$2,305 (RM7,591) kepada S$2,565 (RM8,445).
Pekerja runcit boleh menjangkakan kenaikan gaji tahunan sehingga S$160 (RM526) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Gaji PWM mulai 1 September 2027 tertakluk kepada semakan pada tahun 2026. Sekiranya keadaan ekonomi bertambah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: