PETALING JAYA – Seiring pengiktirafan nasi lemak sebagai antara menu sarapan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Sunset Terrace di Sunway Resort Hotel menjemput para tetamunya untuk mengembara secara nostalgik menerusi rasa-rasa ikonik Malaysia dengan Bufet Nasi Lemak yang menakjubkan.
Promosi yang akan berlangsung mulai 22 Ogos ini hingga 16 September itu adalah bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan juga Hari Malaysia.
Menurut kenyataan Sunway Resort Hotel, menu bufet yang direka oleh Cef Amir Roslie memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati masakan sambal nasi lemak tetapi juga lauk sampingan dan hidangan panas warisan.
Antara menu yang bakal dihidangkan nanti adalah nasi lemak hijau pandan, nasi lemak kuning Royal, nasi lemak bunga telang dan nasi lemak putih yang mana masing-masing dimasak dengan bahan mentah yang unik serta disajikan dengan penuh bergaya.
Melengkapkan hidangan nasi adalah sambal yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: