Pelakon Sophia Albarakbah memaklumkan akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi kenyataan selepas menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual di media sosial.
‘Sekarang barulah rasa lega’

Ketika ditemui OhBulan!, Sophia atau nama lengkapnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, menjelaskan bahawa tindakannya membuat laporan polis adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya buli siber.
Sekarang barulah ada rasa lega sedikit.
Saya buat perkara ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang, terutamanya rakan selebriti, sebab saya rasa golongan ini kerap jadi mangsa buli siber.
Ramai yang berdepan dengan buli siber dan gangguan seksual tetapi mereka tak berani nak suarakan.
Sophia berkata demikian ketika ditemui di majlis Pengenalan Duta Baharu Amber yang berlangsung di Hotel Shangri-La pada Selasa.
Buli siber

Tambah pelakon filem Ada Hantu 2 itu lagi, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: