Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fariha Razak Kecewa Gambar Jalur Gemilang Diterbalikkan

today14 August 2025

Background
Fariha Razak Kecewa Gambar Dengan Pasukan Bola Jaring Disunting, Jalur Gemilang Diterbalikkan


Atlet, Fariha Razak meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting gambarnya bersama pasukan bola jaring Kebangsaan memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.

Artikel Berkaitan: Logo Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Baju Lee Zi Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf – ‘Kami Tidak Sengaja’

Bendera Malaysia terbalik

Menerusi hantaran di TikTok, Fariha berkata, dia tidak tahu apa tujuan pihak tersebut berbuat demikian, namun menegaskan perkara itu telah menimbulkan salah faham dan kemarahan orang ramai.

Saya sangat marah apabila ada pihak yang sunting gambar saya dengan pasukan bola jaring saya pada tahun 2016. Gambar kami pegang Jalur Gemilang dan terbalikkan Jalur Gemilang.

Bendera Kebangsaan tempatnya sangat tinggi. Apa tujuan pihak yang sunting gambar tersebut. Adakah dia buat sebab politik?

Siapa manusia yang tak bertanggungjawab ini? Sila buka otak anda besar-besar. Jangan disebabkan awak, kaum kita berpecah belah.

Kongsi Fariha lagi, dia dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post