Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kalau Tahu Manisnya Kahwin, Dah Lama Kahwin’

today16 August 2025

Background
‘Kalau Tahu Manisnya Kahwin, Dah Lama Saya Kahwin’ – Eyka Farhana


Selepas hampir tiga bulan melayari kehidupan sebagai isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pelakon Eyka Farhana menyifatkan fasa perkahwinan sebagai detik paling indah dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kek Resepsi Eyka Farhana & Akhyar Rashid Di Pulau Langkawi Berharga RM3.5K

Seronok alam perkahwinan

Menerusi hantaran di platform Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, berkata, dia bersyukur dan tidak menyangka kehidupan berumah tangga membawa banyak ketenangan serta kebahagiaan.

Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Saya doakan semoga yang belum berjumpa jodoh akan jumpa yang terbaik untuk anda.

Dalam hidup ini kena doa yang baik-baik untuk yang lain, jadi benda baik akan datang kepada kita.

Dalam pada itu, Eyka turut berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa memohon doa yang baik kepada Tuhan agar segala urusan dipermudahkan.

Doa yang baik untuk diri sendiri dan orang lain…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post