PETALING JAYA – Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (Planworth) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) untuk memperluaskan akses pembiayaan kepada usahawan bumiputera dalam sektor teknologi dan digital.
Kerjasama strategik ini sejajar dengan agenda pembangunan ekonomi digital negara dan akan membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera berkembang melalui penyelesaian pembiayaan alternatif yang lebih inklusif.
Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Andy Kuek berkata, kerjasama ini bukan sekadar memperkukuhkan kedudukan usahawan bumiputera dalam ekonomi digital, malah menegaskan peranan Planworth sebagai rakan pembiaya yang dipercayai.
“Pelanggan kami bukan sekadar peminjam, sebaliknya rakan strategik yang mencerminkan nilai kami iaitu tadbir urus baik, kredibiliti dan aspirasi untuk berkembang.
“Menerusi kerjasama ini, kita boleh lebih fokus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: