Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Naik Taraf Jalan Persekutuan 3 Kelantan-Terengganu RM168 Juta, Dijangka Siap Dalam 42 Bulan

today22 August 2025

Background
Naik Taraf Jalan Persekutuan 3 Kelantan-Terengganu RM168 Juta, Dijangka Siap Selepas 42 Bulan


Syarikat kejuruteraan Citaglobal Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menaik taraf laluan sejauh 7.25 kilometer di Lebuhraya Laluan Persekutuan 3 (FT3) sepanjang koridor Kota Bharu–Kuala Terengganu.

Memetik The Edge Malaysia, Citaglobal, dalam satu kenyataan pada Khamis, memaklumkan bahawa kontrak tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB), selepas melalui proses tender kompetitif.

Baca Juga:

Projek itu merangkumi kerja-kerja menaik taraf jalan sedia ada daripada laluan sehala kepada laluan dua hala yang dibina mengikut piawaian JKR.

Dengan penganugerahan kontrak terbaharu ini, buku pesanan Citaglobal kini meningkat kepada RM1.3 bilion, sekali gus memanjangkan jangka pendapatan kumpulan itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Menurut pemfailan syarikat kepada Bursa Malaysia, JKR telah membuka tender pada Disember 2024, manakala CLSB menghantar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

YouTuber ‘kena ketuk’, dihidang telur dadar RM520

Bangkok: Seorang YouTuber terkenal, PEACHII, mendedahkan bagaimana dia dikenakan bayaran 4,000 baht (kira-kira RM520) untuk hidangan telur dadar ketam yang sepatutnya berharga 1,500 baht (kira-kira RM194), lapor Bangkok Post. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 August 2025