Pelakon popular, Mira Filzah, mencuri perhatian apabila tampil sebagai penyampai anugerah di acara berprestij, International Streaming Festival Global OTT Awards 2025, yang berlangsung pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025
Mira sampai anugerah kepada Bai Jingting
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, anggun dalam busana biru ketika menyampaikan trofi bagi kategori People’s Choice Award (Male) kepada pelakon terkenal China, Bai Jingting.
Bai meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam drama The First Frost, menewaskan barisan calon hebat lain termasuk Park Bogum (Good Boy), Joo Ji-hoon (The Trauma Code: Heroes on Call), Sakaguchi Kentaro (What Comes After Love), Berik Aitzhanov (4°C) dan Natara Nopparatayapon (Mad Unicorn).
Di media sosial, kehadiran Mira di pentas antarabangsa itu mencetuskan rasa teruja dan cemburu dalam kalangan peminat, terutama apabila…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: