Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ruang Udara KLIA Ditutup Hingga 31 Ogos Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

today26 August 2025

Background
klia


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68, ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditutup dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, bermula 26 Ogos (Selasa) hingga 31 Ogos (Ahad).

Menurut kenyataan akhbar oleh Malaysia Airlines, beberapa penerbangan mereka yang berlepas dan tiba dalam tempoh tersebut akan dijadualkan semula bagi memberi laluan kepada penutupan ruang udara. Anda boleh semak senarai penerbangan yang terjejas dengan klik di sini.

Syarikat penerbangan itu juga telah berkongsi jadual waktu berlepas dan ketibaan baharu demi kemudahan para penumpang yang terjejas.

Para penumpang yang berlepas dari KLIA dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang empat (4) jam lebih awal dari waktu pelepasan yang dijadualkan semula. Ini adalah bagi membolehkan masa yang mencukupi untuk prosedur daftar masuk dan pemeriksaan dokumen yang diperlukan di pelbagai titik sentuhan,” kongsi syarikat penerbangan itu.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post