Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anuar Zain Dedah Arwah Ayah Hidap Kanser Prostat

today26 August 2025

Background
[VIDEO] Anuar Zain Dedah Arwah Ayah Hidap Kanser Prostat, Syukur Proses Pengurusan Jenazah Dipermudah


Penyanyi, Anuar Zain meluahkan rasa syukur apabila proses pengurusan jenazah arwah bapanya, Zain Abdullah dipermudahkan.

Artikel Berkaitan: Bapa Ziana & Anuar Zain Meninggal Dunia

Kanser prostat

Anuar, 58, berkata pengurusan jenazah selesai dalam tempoh kurang lima jam.

Saya bersyukur segalanya dipermudahkan, proses memandikan, kafan, sembahyang dan kebumikan. Semuanya selesai dalam masa lima jam.

Orang kata kalau segalanya dipermudahkan bermaksud orang itu dikasihi Allah.

Anuar berkongsi perkara itu ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Elmina, pada Selasa.

Dalam pada itu, Anuar mendedahkan arwah bapanya disahkan menghidap kanser prostat sejak Disember lalu.

Ayah menghidap kanser prostat. Kami sekeluarga tahu arwah hidap kanser pun pada Disember tahun lalu. Kanser itu sudah merebak. Semuanya berlaku dengan pantas.

Berkongsi mengenai momen terakhir sebelum arwah menutup mata, Anuar memberitahu dia dan keluarga ketika itu berada di sisinya.

Ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, saya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post

Luar Negara

Meredah hutan 5 jam demi bawa pulang jenazah abang

Gorontalo, Indonesia: Lima jam meredah laluan tanah berlumpur di tengah hutan belantara. Itu rintangan terpaksa ditempuh seorang lelaki demi membawa pulang jenazah abangnya ke kampung halaman hanya dengan menggunakan sebuah motosikal yang diubah suai. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 August 2025