PETALING JAYA – NexG Berhad (NexG) mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025, sebanyak RM72.6 juta, lebih dua kali ganda daripada RM36.1 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Peningkatan ini dipacu oleh transformasi berterusan yang didorong oleh pulangan pelaburan yang lebih kukuh dan juga pengurusan kewangan yang berdisiplin
Keuntungan Selepas Cukai melonjak 139 peratus kepada RM64.5 juta, manakala pendapatan sesaham meningkat kepada 2.01 sen berbanding 0.97 sen sebelum ini.
Walaupun hasil sebanyak RM88.5 juta sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh masa penghantaran kontrak berkaitan ID selamat dan pasport, keuntungan Kumpulan menunjukkan keupayaannya menjana pulangan mampan merentasi segmen perniagaan.
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NexG Berhad, Datuk Hanifah Noordin berkata, keputusan sukuan ini mengesahkan bahawa syarikat bukan sahaja memperkukuh perniagaan terasnya dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: