Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Untung Petronas merosot 19% kepada RM26 bilion

today29 August 2025

Background


PETALING JAYA – Petronas mengumumkan pendapatan RM132.6 bilion untuk separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2025 (1H 2025), berbanding RM173.6 bilion yang dicapai dalam tempoh sama tahun lepas.

Penurunan disebabkan terutamanya kesan daripada penghentian operasi daripada pelupusan Kumpulan Engen pada Mei 2024, pertukaran asing yang tidak menguntungkan serta purata harga direalisasi yang lebih rendah daripada produk petroleum, minyak mentah dan kondensat berikutan arah aliran menurun dalam harga penanda aras.

Sejajar dengan hasil yang lebih rendah, Keuntungan Selepas Cukai (PAT) Kumpulan turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion, daripada RM32.4 bilion.

Kumpulan merekodkan Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) sebanyak RM54.4 bilion, 15 peratus lebih rendah sejajar dengan keuntungan lebih rendah.

Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) pula berjumlah RM48.1 bilion, penurunan sebanyak RM6.7 bilion terutamanya didorong oleh EBITDA yang lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Sayuti puji sifat terbuka PKBM

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC), Sayuti Zahid memuji sifat terbuka daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang boleh menerima pandangan daripada pelbagai pihak sehingga mencapai kata sepakat demi kebaikan pasukan berbasikal lebuh raya di Sukan SEA Thailand Disember depan.

today29 August 2025