Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil kedua negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 selepas berjaya menundukkan pasangan adik beradik dari Bulgaria, Stefani Stoeva-Gabriela Stoeva dalam aksi ‘straight set’.
Kejayaan manis dilakarkan itu juga merupakan sejarah baharu buat sektor beregu wanita negara kerana tiada pasangan Malaysia pernah mara ke separuh akhir kejohanan berprestij itu.
Sejarah Dicipta Pearly Tan-M.Thinaah
Sejarah baharu itu pastinya bakal meningkatkan moral Pearly dan Thinaah untuk menghadapi Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada separuh akhir, esok.
Berdepan lawan yang merupakan pasangan ranking ke-19 dunia, anak buah Rosman Razak itu berdepan sedikit kesukaran pada permulaan set pertama.
Jurang mata begitu rapat dapat disaksikan dimana Pearly-Thinaah hanya memegang kelebihan dua mata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: